Isnin, 19 Mac 2012

cikWUN sayang!!

kerana cikWUN sayang..
huhu dwetku melayang
5rts hengget lebih2 sket
cikWUN da cukup umur dihantar utk major servis..
adoiii cikWUN buah ati pengarang jantung
inilah bahana yang perlu ditanggung
bila pakai keta..
dulu pakai kaki aje naik tren tkr tren..amik cab berpanas ujan wawaawa..
tahniah cikWUN da cukup umur
da smpai major servis hahaha..
kopak acik tau bln ni...
psni kte gi jalan2 ye ;P

KATA-KATA HIKMAH AL-GHAZALI

muhasabah diri acik ni haaa...banyak sgt compang campingnya...lompang sini sana perlu ditampal,kalau kain koyak senang tampal ngn perca aje xpun terus humban masuk dalam guni ni lompang dengan amalan yg WAJIB camna la acik nk tampal..yang da terlepas hanya mampu bertaubat yang sekarang n akan datang acik mahu memenuhinya.. malu nk mengaku tapi ALLAH maha mengetahui..malu ngn kwn2 apelah sangat nk dibandingkan malu kepada DIA....acik mahu renungkan dibawah ini :-


1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia.
Yang paling dekat dengan kita adalah MATI. "Sebab itu janji Allah bahawa yang hidup pasti akan mati" (Surah Ali Imran :185)


2. Apakah yang paling jauh dengan diri kita didunia.Yang paling jauh dari kita jauh adalah MASA LALU. Walau dengan apa sekalipun kita tak akan dapat kembali kemasa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, esok dan hari-hari mendatang dengan perbuatan yang bersesuaian dengan Agama.


3. Apa yang paling besar didunia ini.Yang paling besar didunia ini adalah HAWA NAFSU. "Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke Neraka." (Surah Al A'raf: 179)


4. Apakah yang paling berat didunia.
Yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. "Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung ganang dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah s.n.w meminta mereka menjadi (khalifah)pemimpin didunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupinya dan sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah" (Surah Al-Azab :72).


5. Apakah yang paling ringan didunia.Yang paling ringan didunia adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita dengan mudah meninggalkan solat.


6. Apakah yang paling tajam didunia.Yang paling tajam didunia adalah LIDAH. Kerana dengan lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.