Khamis, 23 Februari 2012

rasa

bahagianya hanya milik berdua!! seakan dunia hanya ada sy n awak n syg!! ;p






owhhh...so sweet ;p bila ini yang terjadi setelah proses mengenal hati antara satu sama lain ;p i lup u..u lup me sayang ;p







mencintai seseorang membuatkan kita bahagia benarkah?







ade 1 perasaan yang menyenangkan hati..yang seperti berbunga2 setaman: Hi i like u!!!

Rabu, 22 Februari 2012

menghupdate resume


alkisahnya....cari punya cari resume acik dlm folder ni at last jumpa jgk hehehe..tgk pye tgk alamak resume acik mse age 24 la means that da 3thn xhupdate resume hahaha...
gigih acik menghupdate time lunch ni kjp haa..n mule teropong sna sni company yg ade vacant..tetiba mood spt mahu beralih angin dtg...acik nk sent aje mne2 suka2 ati..mana la tau nk jadi rezeki kn...xrugi pn ;p
bkn ape baru2 ni antarabandar ade amk pic ala2 passport kan so jom la kite menggunakan pic tbaru utk diletakkan kat resume...
(ni latest 2012)
(ni 2007)
ini pic yg ade pd resume...tahun 2007 mmg selenga abs heheh..muka nerd aje kn haha..mmg la ble jd student xde mgarut bkn2 baca buku sume melibatkan ilmu muka pn bersih la ;p tdo ngn buku..kepit buku sne sni ;) segala-galanya buku, nota n nota ;)
so acik da ade pic baru lg hot n mengancam ;p..shape muka pn da berubah 70% kan itu tanda usia semakin menginjak dewasa..xpe itu realiti yg mmg kne telan ;)
jom kte mulakan pencarian hehehehe---->cari keje baru ;p...

10 PETANDA DIA JODOH KITA

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)



Gunakan seluruh pancaindera



Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?




Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.



1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.




2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.




3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.




4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.




5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.




6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?




7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.




8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.




9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.




10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

ingatlah orang tersayang ;)

BUAT PEDOMAN BERSAMA..





acik dapat email pagi ni ;) jom kite share sama2....dang!!



Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.




Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....




Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....




Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....




Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.




Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL...




INGATLAH ORANG TERSAYANG~~~

Selasa, 21 Februari 2012

ragam MANUSIA



motip : sekadar berkongsi rasa ;)
mood : unhappy ;(







acik sekadar mahu berkongsi rasa kerana disini tempat meluahkan perasaan yang berlabel sampah ;p...sekiranya ia akan menyinggung mana2 perasaan seseorang ampun maaf dipinta..ingat ye sekadar luahan rasa hati syok sendiri acik ;p hehehehe....
acik bukan mahu mendabik dada..menongkat langit...tidakkkk bkn itu niatnya ;p..acik mahu terus berjalan menundukkan kepala memandang bumi sesekali mendongak memandang awan nano dang!!!...;p hahaha mst korg ckp ape la yg nk disharekn disini...okey kite go straight tau ;p.....
bila korg dikelilingi dgn macam2 jns manusia pasti ragamnya juga pelbagai gaya, pelbagai rencah n rasa ;p...acik juga sama hehehehe..beragam mental ;p hahaha kerana itu memang acik...real okey xde plagiat mana2 org pn..it's me!!






dalam usia yang muda menjadikan acik lbh matang menilai orang bile dikelilingi ngn mcm2 ragam manusia..disitu kita akan menilai n meletakkan dri kita dimana...perlukah menegur orang mengenai etika sedangkan diri sendiri jugak terlalu miskin dengan etika...mugkin juga tidak faham cabang etika itu sendiri apa...dalam mahu menegur kelakuan orang apa pastikah kita juga sempurna serba serbi..hmm..susahkn nk menegur n ditegur ;p...bekerja dan personnel life adlh sesuatu yang berbeza..xperlu mencampuradukkan perangai semulajadi kita dlm kerja disinilah peranan professional n beretika tu diperlukan ;p






kadang-kadang mmg acik ilang sabar melayan kerenah/ragam org ni...mengenangkan rasa hormat pada beza umur n hubungan sebagai kawan menjadikan itu sebagai sempadan acik utk menghormati orang...serius acik berasa kecil hati mebi ;p...tahukah mereka untuk berkomunikasi secara profesional dan etika kerja bila kita berada di office...jangan cakap main aci redah aje kalau kat luar mmg kite akan ckp ikt sdp mulut nk kuar okey itu lain citer...berikan sdikit rasa hormat kat acik n pd bos yang memerhati...seingat acik xpernah nk bercakap menengking orang bile urusan kerja..nk emo2 kat org...orang lain yg slah org lain yg kena bebel...owhhh itu sgt tdk adil!!! hanya memikirkan kepala angin dia sahaja kepala angin acik xdiambil kira??damn!! dimana adab?dimana letak bwh kaki mungkin....perlukah acik mendabik dada berAKU SIAPA dan ENGKAU SIAPA??perlu ke itu da mendabik dada namanya ;p sedangkan bersifat merendah diri yang diajar dlm diri ;)






belajarlah bercakap berkomunikasi secara etika dan professional..perlukah bertempik dan meninggikan suara bila bercakap seolah2 orang takut n tagline "ada aku kesah" itu yang dibanggakan sgt...haishhhh org xtakut cuma org xsuka nk memanjangkan isu--->kalau kt skolah mmg da lama acik tumbuk aje spesis ni tau ;p memandangkan da membesar sbg ank dara yg comot n menjaga etika hehehe sabarkan aje dlm hati smbil berlalu pergi ;)







terasa terlalu banyak kekurangan diri lately nih ;p...terlalu diuji tahap kesabaran ;p acik terus bertahan dgn tagline 'hadapi dgn senyuman' biarpun kdg2 hampir mahu memuntahkan lahar kemarahan ;p...akn acik cover sebaik mungkin...muhasabah diri n bertafakur seketika hehehe..acik mahukan perubahan biarpun ia akan bermula dgn perlahan aslkan hari demi hari ade peningkatan ;)...bermula dengan merawat hati dulu ;p ..acik teringat ustaz ckp dlu stp kali kita tak menjaga percakapan, perlakuan..hati kita akan ade satu titik hitam...owhhh ble mengenangkan terlalu byk berjuta2 kata yg sia2 bygkan sekeping hati yang tidak besar mana diselaputi warna hitam...menandakan hati kita mati...mati dari rasa dekat dgn-Nya, mati dari mahu memuji-Nya...adoiii sengsara acik rasa skg ni....semuanya baru nak igt skg...haishhh mudah-mudahan diberikan jalan n dipermudahkan segala urusan dunia akhirat acik..amin7x.




tadaaaa...babai ;)

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433H/2012M









motip : bercerita tanpa henti ;p
mood : tersangat happy..dang!!
salam korg sume ;)...agak terlambat mahu berkongsi sesuatu yang bermakna ngn korg kan..okey acik nk jln straight aje kali ni xmau belok sne sni..kuar sana sini...kite go straight okey..straight!! ye straight ;p hehehe...
entry kali ini agak basi la cite die da xhot cm acik ;p...sebabnya acik peram lama sgt dek kebizian melampau kat antarabandar lately ni da mcm kenduri kendara nk merewang...sibuk bebenau ngn event2 ;p jadi acik xleh curi masa sket pn..tapi acik msh mahu berkongsi rasa, berkongsi sesuatu yang bermakna ngn korg..jom kita sama2 menghayati Majlis Sambutan Maulidur Rasul kali ini...
bersyukur bila antarabandar menyambut majlis ni bersama-sama semua rakan sekerja di surau berdekatan kami..majlis yang ringkas dan berlangsung dalam kesederhanaan..maksudnya tiada gelak ketawa, riuh rendah, tiada bunyi-bunyian yang menghiburkan..sume itu tiada..yang ada hanyalah suara ustaz memberikan ceramah yang menyedarkan...yang mampu menembusi ke dalam hati setiap yang hadir..kerana suasana yang sgt berbeza..acik berkesempatan menghadiri majlis ini :)...walaupun kelam kabut acik sempat balik umh n dtg ke surau untuk sama-sama solat isyak dan solat hajat...
ceramah yang mmg memberi kesan dalam hati...ye..da lama acik xberada dalam majlis ilmu ini atau dalam taman syurga..ustazah masa kat sekolah slalu mengingatkan kami utk menghadirkan diri dalam majlis ilmu sbb kita umpama berada di taman syurga..juga ustazah pesan selalulah mendengar ceramah agama kerana itu sentiasa akan menghidupkan hati kita...bila lama xpergi majlis ilmu cmni serius acik mengaku hati hampir mati kerana terlalu taksub dgn keduniaan....mungkin ini titik permulaan untuk satu perubahan dalam hidup masih tak terlambat selagi sakaratul maut belum berada di tenggorok, selagi hari belum kiamat...selagi masih ade kesedaran ;)
okey untuk sambutan kali ini tak ramai rakan sekerja yang hadir kerana masing2 punya komitmen..jadi hanya beberapa sahaja yang hadir..CEO antarabandar memberi sumbangan kepada 4bh rumah anak yatim yang terpilih...majlis diakhiri pada jam 11 mlm..makanan disediakan oleh pihak surau...makanan pn best ade nasi ujan panas n aym masak merah + buah pulasan..heheehehe..da lama xmkn buah pulasan lepas sudah kepingin ;p
semoga apa yang diperolehi menjadi panduan dlm hdp acik!!

Isnin, 13 Februari 2012

bermakna



owhhh cik Alhambra Adastra..belajarlah dari pengalaman..ambil itu sebagai pengajaran yang berguna dan menyedarkan...terima kasih yang memberikan pengalaman cukup berharga..cukup menyedarkan..cukup asam garam...yaa..memang terasa sakit hati teramat sangat tapi tagline "hadapi dgn senyuman" akan dijadikan sempadan dari terus dikuasai rasa marah....smile :)
moral of story :- hargai harta benda sendiri!!